Monday 18 January 2016

Adib kena chicken pox

Kesian Adib Zikri ni 2 minggu tak datang sekolah kena chicken pox. macam-macam tips mama cuba mandi dengan air daun mambu. tdo alas dengan daun mambu yesss ianya berkesan sepanjang 2 minggu sakit, takde la pulak adib menggaru2. now tinggal dengan tanggal parut ajer lagi gambar ni masa tengah naik. keluar besar2 ...kesian adib

Sunday 10 January 2016

First Day Adib

First day di sekolah baru sebenarnya Adib nak sek sama engan abang dulu Brainy Bunch Fikir punya fikir akhirnya mama dan abah pun setuju lama juga nak fikir sbb fees di tadika ini sekali ganda dari fees tadika adib sebelum ini. tapi mama ada plan utk adib dan moga Allah memudahkan . Hari pertama masa ke sekolah dah macam nak nangis tapi bila dah sampai sekolah dah ok




Saturday 21 March 2015

Mural by Artist Adib

RAsa nak menitis air mata melihat dinding ku yang putih bersih menjadi medan aspirasi seni si Adib ni. Nak marah terus tak jadi bila Adib kata dia suka melukis.... Alahai anak...lukis la atas kertas bukan dinding... kot yer pun nak lukis mural jgn la dinding rumah mama jadi mangsa.. tapi itulah bila ada anak kecik ni... lupakan hasrat nak hias bagai rumah yer... wall paper big No No..... perhiasan kaca2 juga big No No.... Sabarlah tunggu hingga mereka besar...

Saturday 7 June 2014

Adib 2 years

Alhamdulillah Adib dah 2 years 22 Mei lepas. Sudah pandai jalan cakapdan demand! dah makan pedas pun.dah pandai cakar abang dan cubit kakak. Adib ni sgt rapat dengan abah..asyik dan peluk abah ajer Selalu meneman abah didapur buat kek samapi tengah malam. Geram tengok Adib ni tau

Sunday 26 January 2014

Adib dan Kebun Durian

Oh kesiannya blog anak bongsu ini. Bersawang berbulan-bulan mama tak bersihkan. Terasa masa berlari-lari..Ada kalanya tak terkejar.. Melihat perkembangan anak tanpa membuat apa-apa dokumentasi atas perkembangan itu memang terasa amat merugikan Berjanji pada diri sendiri semoga lebih rajin untuk menconteng wall blog ini Supaya suatu hari nanti dapat kembali melihat moment yang tidak akan berulang lagi Ini gambar masa balik kg baru -baru ini. Walaupun si Adib ni tak makan durian, tapi dia still boleh cium bau durian. Gigih tolong opah kutip dan kumpul durian Tak lupa siap bersihkan kulit durian lagi. Anak yang sorang ni mmg lasak sikit dan tak takut.Tengokla gaya mengangkat durian Sampai macam nak terputus urat leher...ha ha haaa...Tapi yg ruginya tak mo langsung makan durian..opah pujuk pun tak nak makan durian... haiyaaa cucu org perak ni! Camne nak jadi oghang peghok kalau tak makan durian nih????







Tuesday 28 May 2013

Ekzema oh ekzema

Kesian pipi comel dia ni.selepas usia 8 bulan.dapat detect Adib ni ada Ekzema Tengok la pipinya. Jenuh nak baik sampai kena masuk hospital.Kesian p[ipi yang putih mulus iniAgak teruk juga ekzemanya hingga kena masuk hospital. Nanti cerita lagi kisah Adib di hospital.

Thursday 25 April 2013

Cuti-Cuti PD

Baru baru ni Adib pergi bercuti PD.Thistle Hotel ngan abah mama kakak dan abah.Seronok sangat Kali ini mama bagi mandi kat swimming pool Naik dari mkolam capai susu terus tertidur dalam selimut tebal. Seronok bawa Adib jalan-jalan. Tak meragam langsung! Tidur dengan nyenyak sekali
Pinjam baju abang..dah muat la